Free Webinar: LINDUNG-24 JAM (BM SESSION)
Description
Webinar Soal Jawab – LINDUNG 24 JAM
Pengenalan Webinar
Webinar ini dianjurkan bagi memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh kepada majikan dan pengamal sumber manusia mengenai Skim LINDUNG 24 JAM, merangkumi skop perlindungan, manfaat yang disediakan serta keperluan pentadbiran yang berkaitan.
Selain itu, sesi ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan penjelasan mengenai pelbagai isu praktikal berkaitan pelaksanaan skim, termasuk proses pendaftaran pekerja, pembayaran caruman, pelaksanaan opt-in dan opt-out, mekanisme bayaran balik (refund), proses tuntutan serta perkara-perkara berkaitan pelaksanaan Skim LINDUNG 24 JAM.
Penceramah Jemputan
En. Edmund Cheong Peck Huang
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi & Korporat)
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Atur Cara
1.45 – 2.00PM: Platform dibuka untuk peserta menyertai webinar.
2.00 – 2.10PM: Ucapan alu-aluan oleh moderator dan pengenalan Penceramah Jemputan.
2.10 – 2.30PM: Pengenalan kepada Skim LINDUNG 24 JAM serta manfaat yang ditawarkan.
2.30 – 3.45 PM: Sesi Soal Jawab (Q&A) yang dikendalikan oleh moderator.
3.55 – 4.00 PM: Ucapan penutup.
Siapa Yang Patut Menyertai?
- Pemilik perniagaan dan majikan
- Pengarah, pengurus serta pengamal Sumber Manusia (HR)
- Profesional penggajian (Payroll), pampasan dan faedah pekerja
- Pegawai kewangan dan pentadbiran
- Pengamal perhubungan perusahaan dan perhubungan pekerja
- Wakil syarikat yang menguruskan urusan berkaitan PERKESO
Maklumat Webinar
📅 4 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ 2.00 – 4.00 PM
💻 Siaran Langsung di Facebook, dan YouTube
Pautan akses webinar akan dihantar kepada semua peserta yang telah berdaftar sebelum sesi bermula.